GELIGA NATIONAL SECONDARY SCHOOL

Thursday, 1 December 2011

SEKAPUR SIRIH

           Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga telah dibina di atas tapak seluas 18 ekar pada 16 Ogos 1998. SMK Geliga terletak 5 km dari bandar Chukai, Kemaman. SMK Geliga terletak di dalam daerah Kemaman. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan pantai. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan. SMK Geliga juga dikelilingi oleh kawasan perkampungan tradisional Melayu. Pelajar yang bersekolah di SMK Geliga tinggal di Kampung Kuala Kemaman, Kampung Geliga, Kampung Paya Berenjut (tapak perpindahan dari Kampung Kuala Kemaman akibat hakisan ombak), Kampung Fikri dan sekitar kawasan Chendor. Purata pendapatan ibu bapa ialah RM 150 hingga RM 350 sebulan. Para pelajar yang bersekolah di SMK Geliga ialah dari SK Seri Geliga, SK Kampung Tengah, SJK (C) dan SK Mak Lagam, .
            Penubuhan SMK Geliga di tengah-tengah kampung tradisi yang masyarakatnya terkenal dengan sikap yang sukar diubah dan dibentuk. Harapan SMK Geliga agar dapat menjadi satu agen perubahan budaya dan sahsiah pelajar, seterusnya perubahan sikap dan budaya setempat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...