Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini menumpang di SMK Chukai dengan jumlah pelajar hanya seramai 300 orang. Pada peringkat awal, jumlah kelas hanya sebanyak 10 kelas sahaja iaitu dengan menggunakan 1 blok. Sesi persekolahan pada waktu itu adalah sesi petang dengan bilangan guru seramai 13 orang.
        SMK Geliga mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1998.SMK Geliga ialah sekolah harian biasa yang mula beroperasi pada 16 Ogos 1998 dengan 20 bilik darjah yang dimulakan dengan pelajar tingkatan satu dan dua seramai 354 orang. Pengetua pertama ialah En. Abdul Jalil bin Abdul Hamid.
        Tanggal 14 April 2007 merupakan detik bersejarah kerana SMK Geliga dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin bin tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.
No comments:
Post a Comment