Tuesday, 20 December 2011
Sunday, 4 December 2011
Saturday, 3 December 2011
Thursday, 1 December 2011
SEKAPUR SIRIH
Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga telah dibina di atas tapak seluas 18 ekar pada 16 Ogos 1998. SMK Geliga terletak 5 km dari bandar Chukai, Kemaman. SMK Geliga terletak di dalam daerah Kemaman. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan pantai. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan. SMK Geliga juga dikelilingi oleh kawasan perkampungan tradisional Melayu. Pelajar yang bersekolah di SMK Geliga tinggal di Kampung Kuala Kemaman, Kampung Geliga, Kampung Paya Berenjut (tapak perpindahan dari Kampung Kuala Kemaman akibat hakisan ombak), Kampung Fikri dan sekitar kawasan Chendor. Purata pendapatan ibu bapa ialah RM 150 hingga RM 350 sebulan. Para pelajar yang bersekolah di SMK Geliga ialah dari SK Seri Geliga, SK Kampung Tengah, SJK (C) dan SK Mak Lagam, .
Penubuhan SMK Geliga di tengah-tengah kampung tradisi yang masyarakatnya terkenal dengan sikap yang sukar diubah dan dibentuk. Harapan SMK Geliga agar dapat menjadi satu agen perubahan budaya dan sahsiah pelajar, seterusnya perubahan sikap dan budaya setempat.
LAGU SEKOLAH
PERKASA SMK GELIGA
SMK Geliga Kemaman
Mendukung wawasan berzaman
Walau seribu halangan
Bina generasi mulia
Kamilah putera puteri
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Disiplin, ilmu dan taqwa
SMKG kan terus perkasa
Kami sumpah setia
Wahai ibu bapa tercinta
Guruku yang berjasa
Kamilah bangsa berjaya
Ulang
Ulang
Cemerlang, Gemilang, terbilang
Disiplin, ilmu dan taqwa
SMKG kan terus perkasa
PIAGAM PELANGGAN SMK GELIGA
- Sentiasa berusaha berkhidmat dengan gigih berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
- Bersedia mempraktikkan etika perguruan yang mantap dan berkesan.
- Sentiasa menghargai masa demi meningkatkan kualiti kerja.
- Membei sumbangan cergas bagi melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
- Berusaha meningkatkan tahap disiplin, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah secara berterusan.
- Bersedia mengatasi sebarang kesulitan dengan segera, cekap dan ikhlas.
- Bersedia mengalu-alukan kedatangan ibu bapa pelajar bagi mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat.
- Bersikap terbuka menerima segala teguran dan pandangan masyarakat demi kecemerlangan sekolah.
MISI SEKOLAH
Memastikan tercapainya tahap Gemilang Sahsiah, Gemilang Kurikulum dan Gemilang Kokurikulum.
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini menumpang di SMK Chukai dengan jumlah pelajar hanya seramai 300 orang. Pada peringkat awal, jumlah kelas hanya sebanyak 10 kelas sahaja iaitu dengan menggunakan 1 blok. Sesi persekolahan pada waktu itu adalah sesi petang dengan bilangan guru seramai 13 orang.
SMK Geliga mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1998.SMK Geliga ialah sekolah harian biasa yang mula beroperasi pada 16 Ogos 1998 dengan 20 bilik darjah yang dimulakan dengan pelajar tingkatan satu dan dua seramai 354 orang. Pengetua pertama ialah En. Abdul Jalil bin Abdul Hamid.
Tanggal 14 April 2007 merupakan detik bersejarah kerana SMK Geliga dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Hishammuddin bin tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)